Saturday, May 17, 2014

Atkins - Nasi Goreng Couliflower

Hi,

Salam korang, untuk pengetahuan sume sekarang nie lily tengah amalkan diet Atkins ni, so sometimes i have to admit mmg rindu sgt nk mkn benda pedas2 like nasi goreng kanpung pedas giler! mmg fav lily! tak rindu nasi tapi rindu nk mkn benda pedas..boleh x? hahaha..takleh blah kan ayat? cakap je la rindu nk mkn nasi kan kan kan..hehe..ok2..hari nie lily nk share erk menu yang lily enjoy sangat while doing atkins.

Nasi Goreng Couliflower



Resepi:
1 Mangkuk Cauliflower - Disagat
8 biji cili padi - lily suke mkn pedas, kalo xnk pedas boleh kurangkan yea
2 ulas bawang putih
1/2 ulas bawang merah
Ikan bilis kecil - basuh and rendam sekejap utk hilangkan rasa garam
Minyak
Telur

Bahan hiasan:

Ikan bilis goreng
Zucchini (timun jepun, low carbs berbanding dgn timun biasa)
Telur Mata! *wajib ada


Cara-Caranya:

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis sampai lumat
Panaskan minyak dan goreng bahan yg ditumbuk sampai bau naik dan goreng sampai garing yea..
Masukkan cauliflower dan goreng sampai kering
Pecahkan telur dan gaul smpi sebati

* Nota kaki : lily xletak garam tau, sbb masin kat ikan bilis tu da cukup da bagi lily tapi kalo korang nak bubuh pun boleh..terpulang pada tekak masing2 yea :)

ok setel! korang hiaslah dengan ikan bilis, zucchini dan telur goreng! Selamat mencuba..

1 comment: